Perlu buat appointment sebelum datang ke Klinik Hadid Putra Heights?
Walk-in dialu-alukan. Walau bagaimanapun, untuk rawatan tertentu seperti Rawatan Sendi Lutut Hydromove, suntikan saraf, P-Shot dan pembedahan minor, pelanggan digalakkan membuat appointment terlebih dahulu.
Adakah Klinik Hadid Putra Heights menerima kanak-kanak?
Ya. Klinik Hadid Putra Heights adalah klinik keluarga yang menyediakan rawatan untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
Apakah Rawatan Sendi Lutut Hydromove?
Hydromove adalah pakej rawatan sendi lutut pada harga RM4,000 yang merangkumi konsultasi, scan, suntikan Hydrogel, supplements serta ubat tahan sakit dan anti radang.
Adakah pemeriksaan ultrasound untuk lutut dan sendi disediakan?
Ya. Kami menyediakan pemeriksaan ultrasound untuk sakit lutut kronik, sakit sendi dan tumit (plantar fasciitis), dengan pilihan rawatan suntikan sendi dan fisioterapi. Pakej bermula RM200 hingga RM4,000.
Saya selalu rasa kebas-kebas dan semut-semut, ada rawatan?
Ada. Rawatan saraf kami termasuk suntikan intensif B12 dan sesi fisioterapi, dengan pakej bermula RM299 hingga RM1,499.
Adakah klinik menyediakan rawatan penurunan berat badan?
Ya, melalui Rawatan Simple Slim menggunakan suntikan Peptides (Mounjaro) bersama penilaian doktor, pada harga RM800.
Apakah Rawatan Perkasa X?
Rawatan Perkasa X adalah rawatan kesihatan lelaki (P-Shot) menggunakan suntikan PRP, Exosome atau Stem Cells, sesuai untuk masalah sukar ereksi, kurang nafsu atau pancut awal. Konsultasi dijalankan secara sulit dan profesional.
Bolehkah pembedahan minor dibuat di klinik ini?
Boleh. Kami merawat ketulan, bengkak, bisul dan ketuat di mana-mana bahagian badan, dengan harga bermula RM150 dan ke atas mengikut saiz.
Adakah vaksin umrah dan haji disediakan?
Ya, mengikut keperluan semasa dan ketersediaan stok. Disarankan WhatsApp klinik dahulu untuk pastikan vaksin yang diperlukan tersedia.
Adakah Klinik Hadid Putra Heights menerima panel?
Ya. Kami menerima panel Healthconnect, Pmcare, Emas, Micare dan Red Alert.
Apakah waktu operasi Klinik Hadid Putra Heights?
Klinik buka setiap hari, 8 pagi hingga 10 malam.
Berapa harga rawatan?
Harga bergantung kepada jenis konsultasi, ujian atau prosedur yang diperlukan. Pelanggan boleh WhatsApp Klinik Hadid Putra Heights untuk mendapatkan anggaran harga sebelum datang.